
Alamedia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sebagai syarikat yang menjalankan kerja-kerja percetakan, pengiklanan dan rekabentuk grafik.
Kami menampilkan kelainan dalam mempersembahkan gaya kreatif untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai melalui media cetak dengan lebih efektif. Alamedia turut dikenali sebagai salah sebuah syarikat yang berkembang pesat dalam industri percetakan, pengiklanan dan rekabentuk grafik.
Sebagai pembekal yang berdaftar dengan kementerian kewangan kami berupaya membekal keperluan kepada agensi kerajaan dan swasta.
Kini kami sedang melebarkan saiz syarikat, meningkatkan kecekapan syarikat dan meluaskan aktiviti syarikat bagi mencapai wawasan syarikat kami ‘melangkah lebih jauh dalam konteks nasional dan global’.
